Sekiranya
anda bujang, dan sedang membaca tulisan saya kali ini, peluangnya adalah
keadaan kewangan anda bukanlah pada tahap yang terbaik. Ini kerana, rata-rata
bujang masih belum meletakkan soal kewangan sebagai prioriti dalam hidup. Saya
tahu kerana dalam ceramah kekayaan saya serata Malaysia, bila di tanya pada
peserta-peserta bujang, siapa yang sudah berpuas hati dengan keadaan kewangan
mereka, tiada satu pun yang angkat tangan mengakui. Rata-ratanya masih fikirkan
bahawa terdapat banyak lagi masa untuk mengumpul kekayaan, oleh sebab itu
ketika bujang, ianya bukan kepentingan.
Hari ini,
dengan keadaan pasaran kerja yang kurang memuaskan dari segi pulangan, harga
rumah yang semakin tinggi, kos gaya hidup yang kian meningkat, mungkin juga
bayaran pelajaran PTPTN yang perlu dilangsaikan, memberi duit bulanan kepada
ibu bapa, serta yang terbelanja menggunakan kad kredit yang tiap bulan perlu
dibayar, sedar-sedar hujung bulan yang tinggal ciput sahaja. Itu pun kalau ada
untuk tabung berkahwin kelak.
Masa memainkan peranan yang penting dalam menggandakan kewangan kita
melalui pelaburan. Saya telah kongsikan beberapa minggu lalu mengenai pulangan kompaun
(compound interest)dan Pemurataan Kos Ringgit (Ringgit Cost Averaging) yang
menggunakan "masa" sebagai elemen amat penting dalam menambahkan
pulangan melalui pelaburan.
Tetapi, bukan itu sahaja,
masa juga adalah amat penting terutamanya ketika bujang inilah anda mempunyai
banyak masa untuk mendalami ilmu kewangan. Waktu ini juga, anda mempunyai
banyak masa untuk belajar dari sebarang kesilapan kewangan.
Juga, waktu muda dan bujang
adalah waktu anda penuh dengan semangat, cita-cita dan tenaga untuk melakukan
sesuatu yang baru dan luar biasa mencari pengalaman kerja ataupun
pengalaman memulakan perniagaan.
Jangan tunggu apabila sudah berkahwin baru mahu memikul tanggungjawab, oleh kerana tabiat lama pasti akan diulangi. Tanam tabiat berjimat cermat dan mengambil endah soal kewangan ketika bujang. Letakkan matlamat untuk beli kereta, rumah dan mendirikan rumah tangga (mengikut turutan itu!) dan meringankan segala bebanan hutang sebelum memasuki alam berkeluarga. Ini kerana, apabila berkeluarga, masalah kewangan lain pula akan timbul.
>> http://bit.ly/kaya2e
Ikhlas dari,
Jangan tunggu apabila sudah berkahwin baru mahu memikul tanggungjawab, oleh kerana tabiat lama pasti akan diulangi. Tanam tabiat berjimat cermat dan mengambil endah soal kewangan ketika bujang. Letakkan matlamat untuk beli kereta, rumah dan mendirikan rumah tangga (mengikut turutan itu!) dan meringankan segala bebanan hutang sebelum memasuki alam berkeluarga. Ini kerana, apabila berkeluarga, masalah kewangan lain pula akan timbul.
>> http://bit.ly/kaya2e
Dua perkara yang amat
penting dilakukan sekarang adalah, pertama, tambahkan pengetahuan, skil dan
juga pengalaman dalam bidang kerja anda. Kedua, sekiranya anda beminat untuk
memulakan perniagaan, pelajari selok belok berniaga dan mulakan perinagaan
kecil-kecilan dari sekarang. Dalam industri kerja dan juga berniaga, skil dan
pengalaman akan menambahkan pendapatan kita. Ketika bujang ini, gunakan masa
tersebut untuk siap sediakan diri menjana pendapatan yang lebih apabila
berkeluarga kelak!
Ikhlas dari,
-Admin
ExtremeRich Club @ Bob2e
Kuala Lumpur

No comments:
Post a Comment