"Masa"
memainkan peranan yang amat penting dalam mengumpul dan mengembangkan
wang kita. Lebih banyak masa yang kita ada, lebih besar wang dapat
mengembang. Ertinya, lebih awal anda sedar dan ambil tindakan
memperbaiki keadaan kewangan anda, maka lebih banyak masa untuk wang
anda bertambah dan terus bertambah.
Mari kita lihat dua beradik kembar Lili dan Didi. Lili berumur 25 tahun
dan merupakan pembaca tegar Majalah Metro, ruang WANG ANDA. Lili sedar
betapa pentingnya menjaga kewangan dan mula menyimpan pada usia yang
muda. Setiap bulan tanpa terlepas, Lili menyimpan dan melabur RM400 ke
akaun pelaburan yang memberi pulangan pelaburan 12% setahun. Sekiranya
kita melihat 20 tahun akan datang, simpanan Lili dalam akaun
pelaburannya telah menjadi RM345,800. Ketika itu, Lili berumur 45 tahun.
Didi
pula, agak terlewat menyedari tentang pentingnya menjaga kewangan. Didi
hanya mula menyimpan dan melabur ketika berumur 30 tahun- lewat 5 tahun
selepas Lili. Oleh kerana pendapatan Didi tinggi sedikit, Didi boleh
menyimpan RM700 setiap bulan dan dilaburkan pada akaun pelaburan yang
sama memberi 12% pulangan pelaburan. Apabila Didi mencapai umur 45
tahun, jumlah simpanan Didi telah menjadi RM313,100.
Pastinya anda pernah dengar istilah "yang kaya semakin kaya" bukan?
Antara sebabnya adalah, mereka yang kaya, faham tentang konsep pulangan
kompaun ini. Sekiranya sejumlah wang dilaburkan pada pulangan 10%
setahun, dan jangan diusik selama 7 tahun, wang tersebut akan berganda
dua! Ertinya, sekiranya seorang jutawan memiliki RM1,000,000 yang tidak
disentuh, dan diberi pulangan pelaburan 10% setahun selama 7 tahun.
Wangnya akan menjadi RM2,000,000- tanpa perlu melakukan apa kerja sekali
pun!
Tidak kira, jutawan
atau tidak, pulangan kompaun ini akan terjadi pada sesiapa sahaja yang
memahaminya. Dan lebih banyak masa yang diberikan, lebih besar wang kita
akan berkembang. Lebih awal anda menyedari hakikat ini, maka, lebih
baik untuk anda mulakan sekarang!
-Admin ExtremeRich Club @ Bob2e
Kuala Lumpur

